Friday, October 31, 2008

Pi Opis...

Bertemu lagi...


Semalam bergegas balik sebab nak jumpa kawan aku sorang ni.. aku panggei dia mak buyong... hahahaha... (4 bln dah pregnant)... Gi mkn kat satu tempat ni nama HOTMAS. Sedap mkn kat sini. Ha, sapa2 yang datang SP ni, teringin nak makan western food, aku syorkan tempat ni. Selain western food, makanan melayu pun ada. Semalam order nasi goreng kampung dan teh o ais.. Nak tgk? hehhehe... plz go and di bawah...

Tak sedap? ha.. untuk org yg tengah lapar mmg lah rasa teramatlah sedap nasi goreng tersebut. Tapi siyes la ckp.. mmg kat sini makanan dia sumer sedap2.. chicken chop, lamb chop, steak.. pergh... sumer best. Sediakan duit jer. Pasti anda mampu mkn dengan mewah dan bergayanya di sini. Licin semalam kitorang makan. Tinggal kulit udang tu jer.. hehehhe...

Tengok mak buyong tu.. ha, sangat berselera. Nak dtg sini, silalah ke HOTMAS Taman Lagenda Indah, Sungai Petani Kedah.. Nantilah aku tunjuk kat korang tempat2 makan yang best lagi kat sini. Lagipun today aku n mak buyong nak gi jalan2. Nanti aku amik gambor lagi "donlod" kat sini wat tatapan korang. (Mak buyong sms tadi.. rini dah masuk gaji.. hehehhe.. member nak blanja mkn..) Padahal sebelum dtg ofis ni.. (lupa lak nak bagitau aku ni excited wat blog ni sampai hari cuti pun sanggup masuk ofis.. nak guna internet. hehhehe) aku dah makan nasik kat umah tadi. Housemate aku bangun2 tido tadi (sama2 bangun dkt kul 10) terus masak nasi n sambal ikan bilis. Aku lak tambah lagi 2 jenis lauk.. (gambor tak dapek nak donlod lak dah..) Takpe, next time yer aku tunjuk lauk2 tu.. Erm.. tengah aku dok syok "mengedit" ni, bos aku lak dah dtg ngn family dia.. malu siot.. tudung tak pakai lak tu.. aduss.. segan aku wife dia ada.. hahahhaha... takpe.. takpe.. control.. control..

Oklah geng, aku nak chow dulu.. balik nak pi beli teh ais kat housemate aku jap. Lepas tu dah janji dgn mak buyong lak nak gi teman dia "cucuk" det kat bank. Ok, cau cin cau... Nanti kita jumpa lagi..



Akubudaksp Membuka Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd semua...


AKUBUDAKSP... (aku lah tue) dibangunkan atas dasar suka2 dan sukahati. Atas satu tujuan iaitu memaparkan kisah kehidupan di bandar Sungai Petani tapi diselitkan jugak kehidupan seharian "aku" di bumi SP ni. So, bagi salam perkenalan ni Akubudaksp nak cerita sket lah serba ringkas tentang bandar Sungai Petani ni.. (tapi bukan nak bagitau fakta sejarah ke hapa ke.. bab sejarah ni aku pun tak tau). Akubudaksp cuma nak cerita apa yang ada di SP ni.. Rentak kehidupan di sini.. Gelagat ataupun cara hidup orang kat sini dgn satu tujuan yakni untuk dikongsi bersama kawan2 serta sahabat handai lama mahupun yang baru.. Korang nak tengok pekan SP? hehehhehe... Silalah tengok di bawah... (bukan bawah meja korang mahupun bawah kain.. tetapi di bawah ini yer adik2)

Ha.. dah nampak kan? Actually jam besar ni salah satu mercu tanda pekan Sungai Petani lah.. Masa gambar ini diambil kalau tak silap tahun lepas. Masa ni MPSPK tgh dok wat dataran kat area sini. Tapi sekarang dah ok.. dah cantik.. Kat dataran ni, selalu lah kalu nak sambut Merdeka ker.. New Year ker.. adalah acara dibuat kat sini. Thaipusam pun diorang pecah kelapa kat jalan ni.. ha.. giler tak giler tgh2 pekan wat perangai pecah kelapa.. hahahhaha.. lantaklah.. jgn pecah kepala sudah. Tapi tulah kan.. kepelbagaian budaya dan adat istiadat org kita Malaysia.. Itulah keunikan.. Nak tengok lagi gambar2 di pekan SP? Sila lah tengok lagi kat bawah...

Ok, yang ni pulak.. diorang panggil Sungai Sungai Petani (tapi ada gak orang panggil sungai hitam sebab ada masa dia jadi kaler hitam) Ni lah satu2 nya sungai di tengah2 pekan SP ni.. Tapi tak leh ar mandi.. bahaya.. sebab sungai tersebut tersangatlah dalamnya..(mengikut firasat aku lah setelah aku ukur dgn jari terlunjuk.. erm.. agak tenggelam la jari aku.. dalam bukan?) hehhehe.... Sebenarnya kalau nak cerita n nak tunjuk lagi gambar, mmg lah tak bleh habis hari ni. Memandangkan masa yang semakin suntuk (sebab dah janji dgn kawan nak gi mkn ni), Akubudaksp mengundurkan diri dulu buat masa dan waktu ini.. Kita berjumpa lagi tapi bukan di hari dan waktu yang sama yer.. ok, jumpa lagi.. di lain waktu Akubudaksp akan mengajak anda semua berjalan2 cari pasal di sekitar SP.. bye.. Assalamualaikum..