Thursday, March 19, 2009

Musim Bunga Di SP??




Eh, ni betul2 ni tau..betul2 ala2 Winter Sonata.. Bunga Sakura gitu.. hehehe.. Kat SP skrang musim bunga.. Mcm aku penah ckp sbelum ni, kat SP ni segala musim ada.. Musim panas, sejuk, luruh, bunga.. ha.. Tak caya ker? Yelah. mestilah tk caya yer tak? Kasi tgk jelah gambar2 kat atas ni.. huhuhu..

Sunday, November 23, 2008

Pi kenduri umah Tok Imam Kpg Rumput Minyak

Masa kat kampung ritu, hari Sabtu 15hb Nov.. Ada kenduri kat umah tok imam.. Alahai.. malas nyer aku nak gi kenduri2 ni.. hehhehehe.. tapi mak aku tetibe lak ritu paksa gak aku pi kenduri.. (sbb mak takdak geng nak pi.. lagipun bukan dia kenal sgt ngn org2 Kampung Rumput Minyak tu..) hehehhe.. Sedap tak nama kampung aku? KAMPUNG RUMPUT MINYAK, TUNJANG KEDAH.. area jitra gak lah... ni kampung sebelah abah aku.. alah... lebih kurang 10 minit jer dari rumah parents aku ni kalau naik kereta... rumah parent kat jitra gak.. tapi kat TAMAN SRI NYIOR.. sedap kan nama taman ni? hahahha.. kalu org kedah, dia tak sebutlah nyior tu, diorang sebut TAMAN SRI NYOQ.. Berbalik kpd hal nak gi kenduri ni, aku ni punyalah mls, tapi mak aku beria pilih baju kurung untuk aku suh pakai.. nak tak nak aku pun, bersiap gak lah.. pakai gak baju kurung purple dia tu.. hehehe..

Aku: "Ok, mak! Siap!"
Mak: "Amboi! Tudung nyer mana?"
Aku: "Alah.. tak yahlah.. selalu pun mcm ni jer kan.."
Mak: "Tak payah nak ngada2! Sini semua org pakai tudung. Pakai tudung!"
Aku: "Ala.. malas ar nak pi mcm ni.. (perangai huduh a.k.a buat perangai)
Mak: "Ha.. dia buat dah.. kalu tak nak pakai tudung pun, pakailah selendang.."

Sambil mak aku selongkar almari cari selendang kat aku.. Berkilat2, merelit merelap lagi! huhuhu... Aku pun, pakailah.. dah siap2, rasanya lebih cantik aku berselendang daripada tak pakai apa2 kat kepala.. hhihii (tau pun) > ada gak timbul perasaan yg PERASAN di hati, ekekekek.. Mak pun sibuk lah cari tudung nak match kan ngn baju biru dia tu.. amboi.. Abah sempoi jer.. T-shirt n jeans, ewah! Lagilah tak kena dress code tu..

Abah "warm up" enjin kereta

Mak sibuk cari kasut

Sungai dekat ngn umah tok


Bukit Tunjang belakang umah tok

Jalan nak masuk Kampung Rumput Minyak

Tapi elok sampai jer rumah tok aku, takdak sapa pun.. yang ada adik2 sepupu aku dok lepak2 tgk tv. Tok n mak sedara2 aku sumer dah gi tempat kenduri.. Abah park kete kat umah tok, pastu aku abah n mak jalan tiga beranak pi umah kenduri.. tak jauh mana pun.. Sampai jer tempat kenduri, terus jer gi makan.. heheheheh.. cari tok aku tak jumpa pun.. dahlah tak kenal sgt org kampung tu.. huhuhu.. terserempak sapa2 pun juz senyum2.. sengih2 jer..

Kat tempat kenduri

Lauk tempat kenduri, semua masakan daging.. maklumlah tok imam wat kenduri sunat cucu dia.. eh, kenduri khatan.. (sopan sket bunyinyer..) Tumbang sekoq lembu.. haruslah suma lauk tu lauk daging lembu.. tapi sedap.. lepas tu aku balik, kepala weng weng sket.. pening.. plus panas gak masa tu kat tempat kenduri.. adoi.. ting tong kejap.. lepas dah makan, balik umah tok rilek2 kejap. Main ngn kucing n sembang2 bodo2 jer ngn adik sepupu aku.. hehehhe.. Eh, walaupun sembang bodo2, dia ni otak mcm org tua2.. ckp pun dah ala2 tok aku dah.. almaklum, dari kecik dok ngn tok aku..
Sepupu aku n the kucing si Puteh

Dalam pada aku dok lepak2 n rilek2 tu.. sempat aku snap satu gambo ayam n anak2 beliau kat pintu blkg umah tok aku... yg peliknya, ada terselit sekoq anak itik tok wi ni di kalangan anak2 ayam tersebut.. menurut kata abah aku, adik aku yang amik anak itik tu masa dia kecik dulu kat depan sebuah kedai ni.. kebetulan kedai tu jual anak itik gamaknyer, bila kedai tu dah tutup mlm2, terlepas sekor anak itik ni.. adik aku bagi kat tok aku.. ntah mcm mana sejak dari kecik lagi anak itik ni selalu ikut sekor ibu ayam ni.. dia mcm dah jadi anak kepada mak ayam tu.. heheheh.. mcm cerita the ugly duckling.. anak itik hodoh.. huhu.. tapi yg ni tak hodoh..



Anak itik, kiri sekali

Sesekali balik kpg, rilek jer pala aku.. kena pulak angin sepoi2 bahasa dari bukit Tunjang tu.. aii.. mau terlena kat tengah2 rumah tu.. dok lepak2 kejap dlm umah, aku pindah lepak ke luar umah ngn mak, mak sedara aku yg baru balik dari keje n abah n adik serta cousins aku..

lepak kat ataih pangkin ataupun org kedah pangei "pelenggaq"

Adik aku n 'the sepupus'..

Abah sibuk nak MMS adik aku kat Sarawak (si Intan menyibuk jer.. "Watpa tu Pak Njang?")

Ptg2 best tul pekena goreng pisang n ubi
Pose maut lagi sebelum balik.. hihii..

Friday, November 21, 2008

Balik kampung.. oooo... balik kampung...

Perjalanan jauh tak ku rasa..
Kerna hatiku melonjak sama...
Ingin berjumpa sanak saudara...
Yang selalu bermain di mata...

Huhuhu... kalu dah lama tak balik kampung, mcm nilah rasa.. Rasa rindu bangat.. Padahal bukan jauh pun SP ke Jitra.. Sejam jer.. Tapi tulah, sekali balik, 2-3 minggu sekali. Barulah terasa.. Balik kerap2 sgt, cemuih (bosan) lak.. Jumaat lepas, habis jer keje dlm kul 6 mcm tu, aku terus balik kampung. Naik motor dlam sejam setengah mcm tu.. Mula2 ingat nak balik awal dalam 5.30, siap bos aku pun bagi balik lagi awal dari tu pukul 5. Tapi memandangkan hujan yg turun begitu lebat sekali, terpaksa postpone sampai pukul 6. Itupun hujan lagi renyai2.. Tapi aku tak peduli sebab hati aku semangat nak balik kampung ni. Abah aku tak bagi balik sebab hujan, tapi aku nak balik jugak.. Aku balik senyap2. Tak bagitau.. Dalam keadaan hujan yg tak berapa nak renyai, cuma hujan "habuk - habuk" jer bak kata mak aku, hehehhe, aku balik jugak.. Tapi bila dah sampai kat kawasan Bedong dan sket lagi nak masuk Gurun, hujan dah takde.. Tapi keadaan mmg mendung lah.. Aku kalu tiap kali balik kpg, lalu ikut highway Utara - Selatan ni, mesti terpesona seketika tatkala terpandang Gunung Jerai di sebelah kiri jalan.. Berdiri gah Gunung Jerai ditambah pulak time tu tengah ada kabus sket2.. maklumlah hujan.. Sejuk jer rasa.. saujana mata memandang..

Gunung Jerai dari Lebuhraya Utara-Selatan

Tengokkan pada suasana sekitar, mmg dah nak gelap.. Maklumlah dah pukul 6.15 rasanya masa tu. Tambah pulak baru lps hujan dan nak hujan lagi.. Sejuk pun sejuk. Aku mcm biasa lah, pakai sweater 2 helai kalu balik time2 mcm ni.. hehhehehe.. bila dah sejuk sgt, jari2 aku dah tukar jadi kaler biru.. sebab jari aku tak cover.. sejuk sampai rasa kebas. Rasa darah tu beku. Hidung aku pun dah mcm hidung kucing sejuk giler (hidung kucing kan selalu sejuk. Tak caya, try sntuh hidung kucing.. hihihii).. Bila dah sampai area Alor Setar, aku adalah nampak cahaya matahari senja time tu.. Matahari pun dah nak terbenam tinggalkan kesan2 tompokan cahaya jingga kat dada langit.. Tapi pemandangan still cantik sebab terbentang luas sawah padi dan aku nampak ada beberapa org lagi tgh dok pancing ikan, dok bersembang kat atas batas sawah padi tu, dok tanam semula padi kat petak semaian..

Sambil lalu jer aku snap gambar2 ni guna kamera hp aku.. maklumlah, sambil bawak motor sambil sms.. hahahhaha.. (kids, dun try this at home k..).. Time ni ada lagi budak2 dok berlari2 kat batas sawah aku tengok.. Mak ayah diorang pun baru habis buat keje sambil dok bersembang dengan pakcik makcik yang lain.. Selalu aku lalu kat satu2 kawasan sawah padi mcm ni, bila ada budak2 pandang jer ke arah laluan motor kat highway ni, mesti diorang lambai.. Aku pun balas balik lambaian budak2 tu, diorang apa lagi, dah ada respon, terus lah lambai lagi sambil jerit2! "Babai! Babai!" hehehhehe.. Rasa cam glemer kejap.. huhuhu.. Sedar tak sedar, dah dekat pukul 7 dah.. Time tu aku baru jer nak masuk ke susur keluar Bandar Darul Aman / Wang Tepus.. ha, nak keluar kat sini pun boleh, lalu kat area Bandar DarulAman (ataupun org kat Jitra panggil bandar darulaman ni "Tanah Merah") or bleh jer kuar terus kat atas sket, kat susur keluar Jitra.. Tapi aku selalu guna susur keluar Bandar Darulaman ni..

Keluar jer dari susur ni, depan tu ada traffic lite simpang tiga.. masuk jer kiri.. lepas tu jmpa trafic lite lagi, masuk kanan lak.. lalu kat depan Institut Perguruan Darulaman (IPDA).. pehtu jmpa simpang masuk kiri, kanan balik, pehtu kiri, kanan, kiri dan seterusnya.. sampailah depan rumah aku.. hehehheheheh...

Sampai jer depan rumah, aku tgk umah aku gelap jer.. Aku hon2 motor aku n bagi salam takde sapa yg menjawab nyer.. aduss.. ni lah padahnya nak buat surprise konon, balik tak nak bagitau.. hahhahahah... (kids, pls dun try this also k...) Mula aku rasa seram sejuk, tgk gambar ni nampak seram kan? kan? hehehhe.. lepas tu aku pusing sekeliling, tgk pulak kat depan rumah aku kat kawasan taman permainan tu.. pun lagilah seram...

Ish.. ish.. ish.. buatnya masa aku tgh snap gambar ni, muncul lak objek paranormal yg tak diduga mcm dalam Seekers tu.. Dahlah dalam masa yg sama, aku terdengar bunyi benda dok cakar2 kat depan umah aku.. memula aku pikir, tikus kot.. tapi takkan kot.. tikus takkan nak cakar, kalu cakar pun pesal bunyi dia drastik sgt..

Masa ni aku usha jam dah pukul 7.15... ish, dlm pada aku fikir nak blah balik rumah tok aku masa tu (sebab aku rasa mak abah aku ada sana), tetibe aku nampak sinaran lampu motor menghala ke arah aku.. fuhh... selamat.. adik aku dah balik.. sebab aku call dia tak jawab tadi, tu aku hantar sms jer.. dia hantar kunci rumah.. Lepas tu dia blah! Ish, aku dahlah takut dgr bunyi cakar2 tadi.. aku pun apa lagi, buka jer rumah, terus aku pasang lampu depan, dlm rumah tak yah cakap la, suma lampu aku pasang termasuk lampu bilik air yang takdak kena mengena tu sekali.. hahhahah.. lepas tu baru aku berani pi usha kat depan rumah, bunyi apa yg dok cakar2 tadi tu.. dlm keadaan takut n berani tu, barulah aku tau apa sebenarnya yang dok cakar.. hahahha.. lawak pun ada.. aku lupa pulak family aku ada bela arnab dua ekor. Ada dlam sangkar.. Arnab2 aku ni biasalah.. pantang nampak orang, mesti berebut2 nak berdiri sebab nak minta kangkung lah tu.. nak makan.. hehehehe.. tu yang berbunyi2 tadi tu.. apa daaa... Gabra sgt.. ekekekkeke... (malu aku dgn diri sendiri)

Arnab ni yang sekor tu telinga takdak sebab bapak dia makan masa dia kecik2 dulu.. Tak guna punya bapak arnab.. ingatkan haruan jer makan anak, arnab pun makan anak gak.. ops, mkn telinga anak.. Aku pun lepas tu, dah mandi2, rasa lapar pulak.. tapi malangnya, mak aku tak masak pun.. Mesti family aku makan kat umah tok aku. Aku buka tudung saji, yg ada cuma sayur kacang bendi goreng dengan udang n sotong.. bleh lah tu.. aku tgk dlm peti ais ada ikan pekasam.. sedap jugak sejuk2 ni dan tgh lapar sgt ni mkan nasi dgn ikan pekasam.. goreng dengan bawang n cili api.. perghh... sedap ni.. hehehehe..



Monday, November 3, 2008

Penang mari...

Ahad baru ni, aku gi Penang. Tgk wyg kat Prangin Mall.. dekat ngn Komtar.. (tau kan komtar.. alah.. bangunan yg tinggi tu.. mercu tanda penang.. dari jambatan lagi dah bleh nampak dah) Nak bgtau satu tempat mkn yg memang sedap lah.. siyes ckp mmg sedap tahap gila babas ni! Kat Prangin Mall ni, ada satu restoran ni nama JL GOURMET.. ha, restoran ni sekali tgk mmg lah org ingat mcm restoran cina jer.. tapi, restoran ni halal sebab owner dia org Melayu (Islam) kita gak.. Cuma wife dia mualaf n rata2 pekerjanya adalah dari bangsa Cina.. Aku order Black Pepper Roasted Chicken Chop lepas tu ada mushroom soup yg seriously mmg sedap sgt.. aku berani ckp, THE BEST IN TOWN lah mushroom soup ni.. So, kalu Maria Tunku Sabri terbaca blog aku ni ker.. (hopefully lah.. hehehehhe), Maria, I syorkan u tolonglah pegi restoran ni.. Mmg "marbeles"...


Ok, berbalik kpd makanan kat restoran tu tadi.. mmg sedap.. mushroom soup dia tu punylah sdp sampai aku suh kwn aku tu mintak resepi kat owner restoran (dah dia kata owner tu kenal dia.. mana tak kenal, dah bleh kata selalu sgt gi mkn situ..) Korang tgk ar gambar mushroom soup di bwh ini.. mmg sedap n sungguh puas hati...


Eh, sori.. silap "donlod" lak.. hehehhe.. pic ni dia tak perasan pun aku amik.. kandid ni.. (ala.. ala... la... marah lah tu org kandid gambar dia.. heheheh.. jgn marah ek.. gambar kabur jer ni.. kasik gimik jer..) K, scroll lagi di bwh ini..
Taraaaa.......!! Ha, nilah mushroom soup yg aku war2 kan tu.. kalu tgk menu dia, lagilah.. mcm2 makanan ada.. western food ada.. eastern food pun ada... mcm biasa, sediakan ongkosnya saja.. pasti bisa merasain makanan enak ini.. huhuhuhu...

Sedap kan? Sedap kan? time ni masa makan ni, perut aku ala2 full dah.. sebab ptg tu dah mkn segala mak datuk mak nenek, pizza.. pehtu kek kat starbucks.. kene lak ngn mocha... rasa mendugai (loya) peyut aku.. hahahhahaha... (anyway thanks kat org tu.. belanja aku mkn best.. time kasih yer encik.. tuan.. err... err.. hihi)
Ok, yg ni pulak.. menurut org yg tgh drive di sebelah aku ni.. (anak jati penang.. ehhehe) ini adalah Times Square yg akan dibuka tak lama lagi.. ni masih under construction lagi ni.. nak tgk lebih dkt? Kejap ek..
Tak clear lagi? Nak lebih dekat lagi? Bleh jer.. kejap ek.. kejap ek.. kejap ek... scroll lagi kat bwh..
Ok.. dah nampak jelas kan? Apa? Tak nampak lagi? hehehhehe.. melampau sangat lah tu.. kejap ek.. kejap ek...
Hah.. jelas kan.. so, nanti bila dah siap, aku nak jadi org first yg dtg sini.. (bleh tak encik di sebelah yg memandu? bleh tak? bwk yer saya dtg sini nanti yer?) hehehehhe.... Erm.. dah abeh jln2.. aku pun terus dihantar pulang.. sebab esok nya (Isnin) aku keje.. Encik memandu di sebelah takpelah esok nya dia cuti lagi...

Sunday, November 2, 2008

Shopping... Village Mall SP



Hari Sabtu lepas aku gi shoppe kat village mall dgn mak buyong.. Mak buyong dpt det gaji, suka lah tu.. Selalu kalu dia ajak pi shopping baju ker... aku mesti tak mau. Selalu aku ckp kat dia, aku takdak mood nak shoppe lah.. Takdak det lah.. Mcm2 lah alasan aku.. Padahal, bila dah sampai kat tempat yg dituju, bukan main lagi aku yang excited.. Selalunya barang yang aku beli mesti lebih dari dia.. tak kisahlah lebih harga mahupun lebih sehelai dua baju dari dia.. hahahahha.. lepas tu kene tahan telinga lah ayat selalu yg aku kena.. "ELEH.. KONON TAKDAK MOOD NAK SHOPPING"... takpun, "HANG MELAMPAU NOH? AKU YANG NAK SHOPPING, HANG YANG MELEBIH DARI AKU" hehehhehe.. tau takpa..

Inilah VILLAGE MALL Sungai Petani... Sini banyak butik dan tempat makan mcm PIZZA HUT, SECRET RECIPE, STARBUCKS, LAKSA SHACKS, CHICKEN RICE SHOP... santai la kat sini.. Butik2 baju mmg best lah.. kat SHOP A LOT mmg byk baju, aksesori, kasut, handbag.. cantik2 korang.. VILLAGE MALL ni kat area Lagenda Height. Sini bleh dikatakan kawasan elit kat sp ni.. kat sini ada banyak lagi kedai2, tempat makan, TESCO pun ada.. Nanti bila2 aku "donlod" lagi pic kat area ni.


On da way... (tembam)

Ibu mengandung yang riang memandu... (lalalalalala)

Pilih jer... bank dekat jer...

Dah balik dari VILLAGE MALL, kami singgah makan kat HOTMAS lagi.. Padahal kelmarin baru jer makan kat HOTMAS.. (sebab mmg sedap kat sini.. Tgklah deretan motor n kereta yg park kat sini.. mmg ramai yang suka mkn kat HOTMAS.. jadi, silalah dtg..




Saturday, November 1, 2008

Rumahku yang permai...

Haii...

Eh? Eh eh? Cuba teka "siapkah saya" di bawah ini? Ermm... Saya adalah segumpal, sejemput ataupun sejenis mee goreng yg digoreng tatkala perut sedang rancak berbunyi dengan hanya ditambah sebiji telur dan 2-3 helai sayur sawi.. erm.. sungguh tak best!
Mee goreng hasil daripada air tanganku.. tak sedap? Mmg tak sedap pun.. tak sedap langsung.. tapi masing2 mkn tak kata apa. Telan jgk sambil tahan memek muka (muka tak lalu mkn) hahahha.. tapi takdelah hampeh sgt.. bleh lah tahan.. (untuk mereka yg lapar, mmg lah teramatlah sedap nya)
Peti sejuk ku yang saujana mata memandang.. indah bukan? Segala mcm mak datuk mak nenek bleh sumbat dalam ni. Juga berfungsi sbg penghawa dingin di kala musim panas (eh, jgn tak tau.. kat area umah aku ada musim panas & musim sejuk.. erm.. musim luruh dan musim bunga juga adakalanya ada jgk.. tak caya? Tak caya sudah..)

Dapur ni kalau time2 masing2 tgh lapar, tgh rajin nak tunjuk skill masak, mmg lah teramat meriah sekali. Botol2 yg mmg tak tersusun kat atas kabinet tu, ha.. kalu time masing2 berebut masuk dapur, haruslah botol2 tersebut kemungkinan besarnya bergelimpangan di atas lantai.. Peti ais juga mau ternganga luas (lepas tu sibuk merungut pesal peti ais dah tak sejuk?) sebab tak sempat nak tutup dok kalut memasak.. Tgk mcm ni mmg lah ala2 aman damai jer dapur ni kan? Tengoklah time baru balik keje, dalam kul 6 lebih mcm tu.. mau macam tongkang pecah dapur ni... Sinki dan dapur yg agak bersih spt gambarajah di bwh ini...

mungkin akan kelihatan seperti gudang belacan yg dah nak kena gulung tikar kalu tiba "peak hour" spt yg telah disebutkan spt di atas.. huhuhu..





Friday, October 31, 2008

Pi Opis...

Bertemu lagi...


Semalam bergegas balik sebab nak jumpa kawan aku sorang ni.. aku panggei dia mak buyong... hahahaha... (4 bln dah pregnant)... Gi mkn kat satu tempat ni nama HOTMAS. Sedap mkn kat sini. Ha, sapa2 yang datang SP ni, teringin nak makan western food, aku syorkan tempat ni. Selain western food, makanan melayu pun ada. Semalam order nasi goreng kampung dan teh o ais.. Nak tgk? hehhehe... plz go and di bawah...

Tak sedap? ha.. untuk org yg tengah lapar mmg lah rasa teramatlah sedap nasi goreng tersebut. Tapi siyes la ckp.. mmg kat sini makanan dia sumer sedap2.. chicken chop, lamb chop, steak.. pergh... sumer best. Sediakan duit jer. Pasti anda mampu mkn dengan mewah dan bergayanya di sini. Licin semalam kitorang makan. Tinggal kulit udang tu jer.. hehehhe...

Tengok mak buyong tu.. ha, sangat berselera. Nak dtg sini, silalah ke HOTMAS Taman Lagenda Indah, Sungai Petani Kedah.. Nantilah aku tunjuk kat korang tempat2 makan yang best lagi kat sini. Lagipun today aku n mak buyong nak gi jalan2. Nanti aku amik gambor lagi "donlod" kat sini wat tatapan korang. (Mak buyong sms tadi.. rini dah masuk gaji.. hehehhe.. member nak blanja mkn..) Padahal sebelum dtg ofis ni.. (lupa lak nak bagitau aku ni excited wat blog ni sampai hari cuti pun sanggup masuk ofis.. nak guna internet. hehhehe) aku dah makan nasik kat umah tadi. Housemate aku bangun2 tido tadi (sama2 bangun dkt kul 10) terus masak nasi n sambal ikan bilis. Aku lak tambah lagi 2 jenis lauk.. (gambor tak dapek nak donlod lak dah..) Takpe, next time yer aku tunjuk lauk2 tu.. Erm.. tengah aku dok syok "mengedit" ni, bos aku lak dah dtg ngn family dia.. malu siot.. tudung tak pakai lak tu.. aduss.. segan aku wife dia ada.. hahahhaha... takpe.. takpe.. control.. control..

Oklah geng, aku nak chow dulu.. balik nak pi beli teh ais kat housemate aku jap. Lepas tu dah janji dgn mak buyong lak nak gi teman dia "cucuk" det kat bank. Ok, cau cin cau... Nanti kita jumpa lagi..



Akubudaksp Membuka Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd semua...


AKUBUDAKSP... (aku lah tue) dibangunkan atas dasar suka2 dan sukahati. Atas satu tujuan iaitu memaparkan kisah kehidupan di bandar Sungai Petani tapi diselitkan jugak kehidupan seharian "aku" di bumi SP ni. So, bagi salam perkenalan ni Akubudaksp nak cerita sket lah serba ringkas tentang bandar Sungai Petani ni.. (tapi bukan nak bagitau fakta sejarah ke hapa ke.. bab sejarah ni aku pun tak tau). Akubudaksp cuma nak cerita apa yang ada di SP ni.. Rentak kehidupan di sini.. Gelagat ataupun cara hidup orang kat sini dgn satu tujuan yakni untuk dikongsi bersama kawan2 serta sahabat handai lama mahupun yang baru.. Korang nak tengok pekan SP? hehehhehe... Silalah tengok di bawah... (bukan bawah meja korang mahupun bawah kain.. tetapi di bawah ini yer adik2)

Ha.. dah nampak kan? Actually jam besar ni salah satu mercu tanda pekan Sungai Petani lah.. Masa gambar ini diambil kalau tak silap tahun lepas. Masa ni MPSPK tgh dok wat dataran kat area sini. Tapi sekarang dah ok.. dah cantik.. Kat dataran ni, selalu lah kalu nak sambut Merdeka ker.. New Year ker.. adalah acara dibuat kat sini. Thaipusam pun diorang pecah kelapa kat jalan ni.. ha.. giler tak giler tgh2 pekan wat perangai pecah kelapa.. hahahhaha.. lantaklah.. jgn pecah kepala sudah. Tapi tulah kan.. kepelbagaian budaya dan adat istiadat org kita Malaysia.. Itulah keunikan.. Nak tengok lagi gambar2 di pekan SP? Sila lah tengok lagi kat bawah...

Ok, yang ni pulak.. diorang panggil Sungai Sungai Petani (tapi ada gak orang panggil sungai hitam sebab ada masa dia jadi kaler hitam) Ni lah satu2 nya sungai di tengah2 pekan SP ni.. Tapi tak leh ar mandi.. bahaya.. sebab sungai tersebut tersangatlah dalamnya..(mengikut firasat aku lah setelah aku ukur dgn jari terlunjuk.. erm.. agak tenggelam la jari aku.. dalam bukan?) hehhehe.... Sebenarnya kalau nak cerita n nak tunjuk lagi gambar, mmg lah tak bleh habis hari ni. Memandangkan masa yang semakin suntuk (sebab dah janji dgn kawan nak gi mkn ni), Akubudaksp mengundurkan diri dulu buat masa dan waktu ini.. Kita berjumpa lagi tapi bukan di hari dan waktu yang sama yer.. ok, jumpa lagi.. di lain waktu Akubudaksp akan mengajak anda semua berjalan2 cari pasal di sekitar SP.. bye.. Assalamualaikum..